Assalamualaikum
Di bawah ini satu artikel yg amat menyentuh jiwa.
Menitik Air mata tatkala membaca coretan ini. Alangkah indahnya jika
penulis juga diberi peluang sebegini. Namun siapalah penulis. Semoga
kisah ini memberikan iktibar kepada rakan-rakan blog yang lain. Sentiasa
merindui Rasulullah.....
Dgn Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
YaAllah,
lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang
insan yg di pilih Allah utk berjumpa Nabi SallaLahu'alaihiwas allam
melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427 H bersamaan 10 August, 2006.
Nama
yg dipilih oleh ayah beliau Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku' , gelar
Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih
nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti
anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah
SallaLahu'alaihiwas allam. AlhamduliLlah, doanya makbul selepas 23 tahun
kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.
AlhamduliLlah,
Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas di dalam hatinya. Beliau
menghabiskan masa 3 tahun utk habis menghafal 30 juzuk KalamuLlah ketika
di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu
ayah beliau yang mengharapkan ada di kalangan anak mereka menjadi
seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil
tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik-adik, SubhanaLlah. Setiap
hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah
rumahnya di sana . Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang
Syariah di universiti ana InsyaAllah.
Akak ni memang di uji
dengan sakit yg tak tau apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya
rasa seperti di tikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya,
tambahan pula kaki yang sudah sakit d bahagian lutut sejak 8 tahun lalu
yg x pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah
bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah
dan dia sendiri yang tau. Dh lama dia tak daya ke kelas sebab sakitnya
membuatkan dia tak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya
hingga susut badannya hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk
pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu di jaga sebaik
mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
Hari-hari yang di laluinya
beliau penuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding
daripada gangguan yg terus-terusan menyakitinya. Diceritakan
makhluk-makhluk tu akan mengganggunya terutama waktu sebelum subuh,
waktu zuhur dan waktu maghrib. Beliau dah banyak berubat di merata
tempat, di negeri kelahirannya, berjumpa doktor-doktor pakar, dengan
ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam sendiri dan akhir sekali
dengan sorang lecturer di sini tapi beliau hanya mampu bertahan. Ustaz
pesan, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi
khamis tu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab dah lama tak mampu ke
kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan
sedikit kekuatan yg di gagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn
memapah dinding dan apa yg mampu membantu beliau berdiri. Habis
berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras
dari belakang. Masa tu beliau dh tak mampu berdiri, justeru beliau
merangkak ke bilik. Sampai saja d bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di
bahagian depan bilik. Waktu tu, di sebabkan sakit yg mungkin dah tak
tanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu
baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku
ingin dengar kata-kata semangat drpd RasuluLlah SallaLlahu'alaihiwa
sallam sendiri".
Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat sebilik
mengangkat beliau ke dalam bilik dan di baringkan di sana . Waktu tu,
sahabat-sahabat dah forward message pd kawan-kawan yg lain agar bacakan
surah Yasin sbb beliau dah nampak nazak. Semua dah sedia dgn
nombor-nombor ahli keluarga beliau utk di hubungi kiranya apa-apa
berlaku dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi, beliau tidur dgn
tenang dalam waktu qoilulah, dalam tidur beliau, beliau sedang terbaring
dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya di qiam seperti dalam
solat di tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah
mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
Tiba-tiba datang
seorang HambaAllah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri
hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah,
indah sekali, tak dapat nak di gambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapa
orang ni, cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang
dgn hanya melihat wajahnya. Di rasakan seluruh kesengsaraan yg di
tanggung selama ini lenyap begitu saja. Kemudian, HambaAllah itu
mengatakan, "Assalamu'alaikum, Ana RasuluLlah". SubhanaLlah, baginda
Nabi rupanya. Nabi memakai jubah putih dan kain serban Nabi berwarna
hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi,
janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan
tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" , -'sekarang
enti(kamu) berada di masjidku, Masjid Nabawi'-. Allahuakbar.
Kemudian
Baginda Nabi SallaLahu'alaihiwas allam berkata: QalAllahuta' ala;
"InnaAllahama' assobirin" , - sungguhnya Allah bersama orang-orang yg
sabar'. Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan KalamuLlah, terasa
bergema suara merdu Nabi di seluruh 'alam. SememangNya Baginda
sebaik-baik kejadian dan di ciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi
katakan (in lughatul 'arabiyah, tp kami terjemahkan) , "Ya Syamimi,
dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan
dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati enti, maka Allah
bukakan hijab utk enti nampak ana" . Ketika Nabi sebut Ya Syamimi,
terlintas di hatinya 'Ya Allah, Baginda kenal ummat Baginda'. Ya
RasuluLlah.. . Waktu tu, di rasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg
begitu besar buat dirinya.
Kemudian Nabi katakan, "Sampaikan
salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam, insyaAllah, kita semua
akan berjumpa nanti" . Lepas tu Nabi kita lafazkan, "Ummati.., ummati..,
ummati..." , dan beliau nampak Nabi menangis dan beberapa titisan
airmata Nabi yg suci mengalir utk ummat Baginda. Kemudian Baginda Nabi
pergi. Beliau merintih, "Jgn pergi Ya RasuluLlah" , tp Baginda tetap
pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi kita yg
mulia, Baginda kenal kita dan sentiasa ingat akan ummat Baginda. Beliau
katakan tak pasti, apakah baginda menangis kerana rindu kepada ummat
baginda, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini
atau...xtaulah, waLlahua'lam. ..
Sedar daripada tidur yg amat
indah pengisiannya, beliau d kelilingi oleh kawan-kawan yg terdengar
rintihan beliau dalam tidurnya "Jgn pergi Ya RasuluLlah.. ." . kemudian
beliau pun menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus
menyampaikan salam RasuluLlah buat ummat Baginda, salam dari Nabi
sallaLahu'alaihiwas allam. Semua menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa
malu pada Nabi krn kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedang kita
amat terhutang budi pada baginda Nabi. Lebih-lebih lagi kita sedar
bahawa syafaat Baginda yg akan kita kejar di akhirat kelak.
Ya
Allah, waktu tu, takde kata yg lebih tinggi drpd kalimah AlhamduliLlah
utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan
pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg
hanya sedikit berbanding insan-insan yg lebih berat di uji oleh Allah.
Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan
beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam
Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Ketika itu rasa sakit masih menular d
tubuhnya Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk
kesakitan ini.
Kemudian usai solat Zuhur, rasa sakit yg beliau
tanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu
rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa di tikam pada
setiap penjuru tubuhnya. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam
menghadapi kesakitan, pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak
menangis. 'Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ni berbanding nikmat yg
Allah dah bagi utk melihat Baginda Nabi SallaLlahu'alaihiwa sallam'.
Kemudian
beliau tidur dan terus beliau rasakan berada d tempat tinggi, tempat yg
biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya
Allah, apa lagi yg nk Engkau bagi buat hambamu yg hina ni, rasa malu
sangat dgn-Mu Ya Allah..." . kemudian dgn izin Allah, datang empat orang
yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan,
"Assalamu'alaikum Ya Syamimi, RasuluLlah SallaLahu'alaihiwas sallam
sampaikan salam buatmu. Kami utusan RasuluLlah SAW. "Nahnu khulafa'
ar-rasyidin" . Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan
Ali ". SubhanaLlah, Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan
ketiga-tiga sahabatnya yg mulia.
Beliau nampak, Saidina Abu Bakr,
amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah ketegasan, Saidina
Uthman memang cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.
Para
Sahabat mengatakan "Kami di utuskan oleh baginda Nabi utk membantu
enti." . kemudian keempat-empat sahabat nabi membacakan ayat 102 drpd
surah Al-Baqarah yg bermaksud:
" Dan mereka mengikuti apa yg di
baca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu
tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan
sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri
Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan
sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ' sesungguhnya kami hanyalah
cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir'. Maka mereka mempelajari
dari keduanya (malaikat itu)
apa yang (dapat) memisahkan antara
seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan
seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari
sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan
sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir)
itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh,
sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir,
sekiranya mereka tahu".
Selesai membaca ayat itu, para sahabat
Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan
mereka semua hancur terbakar. SubhanaLlah, waktu itu terasa seolah-olah
tubuhnya yg sakit dahulu di tukarkan Allah dgn tubuh yg baru. Hilang
segala kesakitan yg dah lebih setahun di tanggung beliau dgn sabar.
Kemudian Saidina Abu Bakr mengatakan, "Inilah ganjaran besar dari Allah
buat orang-orang yang sabar" . Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun
pergi.
Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur
dan terus bangun duduk. Kawan-kawan sebilik pelik, kenapa beliau dapat
bangun utk duduk dgn mudah . Kemudian sahabat-sahabat sebilik menyuruh
beliau bangun berdiri dan AlhamduliLlah dgn mudah beliau bangun berdiri
dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh" .
Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau
segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau
sujud syukur pada Allah Subhanahuata' ala. "Ya Allah, kiranya di beri
tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat menjadi hamba-mu yg bersyukur
atas ni'mat yang Engkau berikan" .
Beliau katakan pada kami,
"Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi
mempertahankan Nabi. Akak yang di beri rezeki melihat Nabi tak sampai
pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengan Nabi. Kalau boleh, nak
duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg
mulia. Tp menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita di atas
muka bumi Allah ni, maka hidup mesti di teruskan. Sekarang ni hati akak
tenang sangat.. Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya
sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi
itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya
Pemiliknya Yg Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan; "tak rugi kita
bersabar..."
Selamat menyuburkan cinta pd Nabi SAW buat ikhwah akhawat d bumi Tuhan'. Ma'assalamah.
..berderaian air mata mengalir..rindu dirimu Ya RasululLah SAW..
No comments:
Post a Comment